Tuesday, 19 February 2008

Rahsia disebalik tandatangan

Tanda tangan yang terputus-putus membawa erti perjalanan hidup pemiliknya tidak lancar kerana tidak mempunyai perancangan awal yang matang. Jika tanda tangan melingkar bermakna pemiliknya suka mengeluh dan sering memikirkan kesusahan berbanding kesenangan.

Tanda tangan yang kecil pula menunjukkan orang itu banyak berahsia. Urusan dengan orang sebegini sentiasa sukar diselesaikan. Selok-belok pada tanda tangan menunjukkan hidup si empunya diri menjadi perhatian orang atau boleh juga diibaratkan sebagai gangguan luar. Boleh jadi juga orang ini suka memanipulasi diri, mengada-ngada atau suka berbohong.

Ramai juga yang melakar garisan di bawah tanda tangan. Garisan ini sebenarnya mempunyai erti. Kalau garis itu kena pada bawah tanda tangan, orangnya suka bergantung dengan orang lain. Coretan garis itu juga sepatutnya lurus. Jika hujungnya ke bawah, ketika tua nanti hidupnya susah. Lebih teruk lagi jika hujungnya berkait, hidupnya di kelilingi hutang.

Jika tanda tangan diletakkan tepat di atas garis yang disediakan, ia menggambarkan rasa hormat terhadap diri sendiri dan juga pihak berkuasa. Jika ia agak di atas sedikit daripada garisan, ia menandakan kegembiraan berkaitan dengan dokumen yang ditandatangani itu dan jika di bawah garisan pula ia menunjukkan kemurungan.

Tanda tangan yang menaik menampilkan rasa percaya diri yang tinggi dan sebaliknya jika ia menurun.

Tanda tangan yang cenderung ke kiri dari tempat tersedia menunjukkan rasa takut (pada orang lain atau kegagalan) manakala ke kanan pula bermaksud kurang perhatian.

Tanda tangan lebih kecil daripada teks tulisan mengungkapkan keinginan untuk menyendiri sebaliknya tanda tangan besar memberi maksud ingin menonjolkan diri. Bila hurufnya besar dan rapat, ia melambangkan kesombongan manakala pendapat lain menyebutkan tanda tangan kecil, mampat dan pendek menunjukkan rasa rendah diri.

Ada juga yang bukan sekadar meletakkan nama sendiri pada tanda tangan. Nama keluarga juga dilakar bersama. Jika nama keluarga lebih rendah daripada nama depan ia menunjukkan sifat murung pada pemiliknya.

Bagaimana tanda tangan anda sekarang? Dengan segala penjelasan di atas mungkin ada yang sudah mula mencongak untuk mengubah tanda tangan. Kalau dulu tanda tangan menurun, mungkin sudah ada yang cuba-cuba mencipta tanda tangan baru yang menaik.

Apapun, tiada siapa mengajar kita merancang atau memilih tanda tangan. Kanak-kanak yang sudah mengenali huruf, sudah pandai membaca juga pandai mencipta tanda tangan mengikut kreativiti mereka.

Tanda tangan ketika kecil tidak akan kekal biasanya. Keraguan mencipta tanda tangan akan berlaku ketika remaja dan seterusnya apabila meningkat dewasa. Biasanya, tanda tangan yang tercipta kala dewasa ini akan kekal, apatah lagi jika tanda tangan ini sudah digunakan untuk pelbagai urusan seperti perbankan.

Mungkin ini juga petanda kita sudah mencapai tahap kematangan. Tahu apa yang nampak menarik mungkin juga unik sesuai dengan usia dan kehidupan.

Makna tersirat di sebalik tanda tangan:

1. Satu garisan di bawah tanda tangan

· Seorang yang sangat yakin

· Ada personaliti yang hebat

· Agak mementingkan diri sendiri

· Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu



2. Dua titik di bawah tanda tangan

· Anda romantik

· Mudah bertukar pasangan macam tukar baju

· Memilih kecantikan (bagi lelaki)

· Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)

· Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping



3. Satu titik di bawah tanda tangan

· Anda kelihatan mudah dan tenang

· Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati





4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan

· Seronok dengan kehidupan

· Ikut gaya dan cara sendiri

· Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain



5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama

· Anda sentiasa berusaha supaya smart

· Suka berselindung

· Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup

· Yakin dengan kebolehan diri sendiri



6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak

· Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir

· Anda cepat menukar pandangan dan idea



7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung

· Seorang yang sangat prihatin

· Tidak pentingkan diri sendiri

· Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain

· Seorang pemikir

· Seorang yang mudah serik



8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas

· Seorang yang sangat baik

· Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan

· Tegas dengan pendapat sendiri

· Ada semangat yang tinggi



Kenali mereka…

· Osama Laden
Seorang yang tidak suka berkomunikasi dan suka merancang atau melakukan sesuatu secara rahsia. Garisan tebal atau pekat tanda tangannya menunjukkan dia seorang yang mempunyai tenaga yang tinggi manakala garisan melintang di bahagian atas dan lakaran seperti ketam pada tanda tangannya menunjukkan personaliti keras si pemilik tanda tangan. Keistimewaan ketam - tidak kira bagaimana teruk pun serangan orang padanya, dia tidak akan mati sebaliknya `menggigit' balik dengan ganas.

· George Bush
Tanda tangannya yang bergarisan tebal, menurun ke bawah dan tidak berapa jelas menunjukkan keghairahannya untuk menakluk dunia menggunakan arahan bukan diplomasi. Tanda tangannya bermula dari dasar, menaik ke atas dan seolah-olah bersambung dengan huruf pertama (B) nama seterusnya (Bush) menunjukkan dia seorang yang menyimpan perasaan marah, geram, dendam dan kekekecewaan yang amat tinggi. Ia juga menunjukkan disebabkan perasaan ini, pemiliknya sanggup melakukan keganasan dan kekejaman untuk membalas dendam.

· Adolf Hitler
Tulisan tangannya yang bersudut menunjukkan seorang yang mempunyai pemikiran tajam dan agresif. Tulisan yang meliuk-liuk ke bahagian kiri menunjukkan seorang yang tidak jujur dan mempunyai pemikiran seperti seorang penjenayah. Tulisan mencondong ke bahagian kanan pula sering kali menggambarkan pemiliknya tidak mampu mengawal emosi untuk memusnah atau membunuh diri.

· Bill Gates
Tanda tangan Bill Gates yang bersudut menunjukkan dia seorang yang mempunyai pemikiran tajam. Garis melintang pada huruf `t' yang memanjang ke kanan dan titik `i' yang jelas menunjukkan dia seorang yang baran, lekas marah. Tulisannya juga mencondong ke kanan dan ia bukan petanda yang baik. Seperti Adolf Hitler, Bill Gates juga ingin menakluk dunia tetapi dengan cara yang lebih teratur.

· Michael Jackson
Lihat bagaimana penyanyi terkenal ini menyembunyikan nama pertamanya dengan satu lingkungan. Umum maklum bagaimana penyanyi ini menukar jantinanya, mengurung diri dalam tangki oksigen dan semua ini jelas tertera pada tanda tangannya membuktikan penyanyi ini melalui masalah besar dalam hidup. Hidupnya juga amat tertekan berdasarkan tulisannya yang mencondong ke bawah.

· Albert Einstein
Mereka yang mempunyai tulisan dan tanda tangan kecil sering kali membabitkan diri dengan kerja yang rumit dan terperinci. Tulisannya padat dan konsisten menunjukkan tenaga yang amat tinggi. Garis melintang huruf `t' pada bahagian hujung atas menunjukkan pemiliknya seorang yang mempunyai sikap yang bagus dan bercita-cita tinggi dalam hidup. Tanda tangan ini juga menunjukkan kuasa mencapai kejayaan amat tinggi.

No comments:

Love

Love

About Me

My photo
I am a very friendly person, loveable, caring, outgoing and independent. I hate people who thinks they are so good and perfect but the fact is they're not.