Tuesday, 19 February 2008

60 Fakta Untuk Mendapatkan pasangan

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya iaberada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yangberada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usahayang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal,insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patahsemangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadiseperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni.Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yangnegatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solattaubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, memintamaaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayangterhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangananda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untukbertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlusentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan,wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untukmenawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta bolehberputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yangsentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru,perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan denganpenuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayangdan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran inisecara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewatmenyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baikdisegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untukberkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yangmemulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yangmulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah,mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa ataukurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuankepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepadadiri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakalpasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepadabakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepadakita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang laindan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yangmenyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaanbenci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benciatau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi,nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untukberkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple,tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiappemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberiperhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru,orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan.perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecilyang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk ataumemalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuhkemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaandan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyakpersamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dansifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yanganda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir.Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelakibentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyaipersamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktivitikeagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satusama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalamseperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadapanda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentakberdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang samaterhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih,terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang samamengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan,pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda.Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangananda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan keranawajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantumengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinandirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakalpasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diridaripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yangmenarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebihbermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakalpasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai danakan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang laintidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan diaakan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , caripujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidakpopular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian ataukejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinyaterhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan andadengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasadihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau `kegilaan' bakal pasangan anda.Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buatdia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suamiterlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dansepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan.Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri.Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopansantun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangaidan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dansentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di sampingmemasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin,memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disampingmenghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan,memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi,jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya,aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atausebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diridari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatuperkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak ataumenunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini caraterbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengakusalah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandaimendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepadafakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela danmemasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. TanyaKenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cubaberi nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah.Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia danberi masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkasdan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik,terperinci dan banyak yang tersirat.
Dato' dari. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

No comments:

Love

Love

About Me

My photo
I am a very friendly person, loveable, caring, outgoing and independent. I hate people who thinks they are so good and perfect but the fact is they're not.