Wednesday, 2 April 2008

Lelaki oh lelaki







Perhatian kepada semua kaum lelaki yang teringin nak bercinta, baru jatuh cinta, sedang dilamun cinta atau yang sudah berumahtangga, GUA mempersembahkan
tips untuk ayat-ayat beracun yang pantang disebut di depan awek, teman wanita atau isteri. Jika salah satu ayat ini disebut, paling kecil boleh menyebabkan
pertengkaran, paling hebat boleh menyebabkan penceraian. Elakkan dari mengguna ayat-ayat beracun ini untuk kebahagiaan perhubungan anda semua.



1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa I suruh.”
What do you mean kalau dia betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah tapi tidaklah
dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan ‘senjata’ sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah
adalah cukup menyedihkan.



2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”
Perhubungan teman wanita anda dengan girlfriends dia adalah sacred atau ‘suci’. Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu
dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang mungkin lebih hot
daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah tiket untuk bertengkar secara
hebat.



3. “I punya ex-girlfriend dulu….”
Ayat ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita anda. Kalau
anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan dituduh tidak setia dan anda
masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about her adalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan
dengar ayat-ayat seperti “you dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you”, dan lain-lain lagi yang hanya akan memanaskan telinga anda.



4. “Cuba tengok perempuan tu…”
Janganlah berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya,
anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin juga tetapi cubalah tengok
akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita anda.



5. “I tak cukup bagus untuk you.”
Bagi orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda yang tidak
suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik lain yang lebih menyenangkan
ye.



6. “I takde mood lah.”
Sekali lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain daripada
dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, it’s about her. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini
dan adalah lebih baik anda berdiam diri.



7. “Perangai you macam mak you lah.”
Sakit ke bang? Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang
yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak
akan suka.



8. “Takyahlah nak emo…”
Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah
dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!

9. “I tak sukalah baju tu…”
Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau
berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka
baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka.



10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”
Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, don’t say it to her
face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran!

Mandi Wajib/Hadas

Satu lagi tempat jgn dilupakan ketika mandi wajid yang kebanyakan orng terlupa tentang nyer ..baru semlm aku diingatkan oleh uztazah arbaiyah iaitu pusat..
Kata nyer kebanyak tpt beliau pergi membuat kursus bila ditanya tentang perkara ini ramai yang kata tak teringat pula padahal kata beliau kalau pusat tak dikenakan atau dicuci memasa mandi wajid maka mandi wajid tersebut tak sah jadi nyer..maka beringat lah selalu jgn sampai terlupa tempat yang satu nie.


_____


Assalamualaikum,

Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM .

Mandi wajib yg betul

Mandi wajib mrupakan perkataan yg mudah disebut,ttp jgn tkejut jika dikatakan byk umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yg betul,sesorg itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung shj. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bg mbolehkan ssorg itu meratakan air keseluruh anggota badannya yg zahir.

Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam gombak timur dan penceramah, didapati byk umat islam yg tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruhan anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatny jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di taman sri keramat kuala Lumpur.

Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.

"Niat mandi wajib: "Shj aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala."

Atau " Shj aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bhgn anggota badan.

"Bagi ppuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Shj aku menggangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi ppuan yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Shj aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya slps dia tlh mbasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibny tidak sah. Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi..

Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada pd badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu blh dibasuh serentak dgn mandi wajib. Ertiny mbasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan.

" Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di badan, sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut ssorg itu ditocang atau disanggul,sekirany tak sampai air ke dalamny, tocang atau sanggul itu wajib la dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Ttp sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu bernajis,ia wajibla dibasuh.

"Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg blh mhalang sampai air ke badan khususny di bhgn bwh kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Mbuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

" Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg merumitnya. Sbnrny jika rambut ssorg itu diwarnakan dgn pewarna slain inai,mandi wajib ssorg itu tidak sah.

"Oleh itu, ssorg yg mwarnakan rambutnya dgn pewarna slain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah mbuang pewarna pd rambutnya tlebih dahulu. Tp untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?.. ini lah yg rumitnya. Sedangkan pwarna pd rambut itu sbnrny tidak blh dibuang begitu mudah.

"Yang menyebabkan mandi wajib org yg menggunakan pwrna pd rambutny tidak sah kerana pwarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air sampai ke rambut. Ini bbeza dgn inai. Inai sbnrnya akan meresap ke rambut, ttp pwarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air thalang ke rambut."

"tp dlm hal ini, jgn pula ada yg slh phm. Sbnrny pwarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pwarna itu tidak bernajis, bukan lah bmaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah sy menyatakan bhw sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yg telah sy nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg serius orlh umat islam.

Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, uztz hj mat jais menegaskan, ssb2 nya tdiri drp 6 sbb. 3 sbb mlibatkan lelaki dan ppuan iaitu kerana bersetubuh wpun tidak kuar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hny mlibatkan kaum ppuan shj,iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak(wiladah)

" Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dgn menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

"Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula,mereka tidak semestiny mandi slps bsetubuh, ttp diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bsetubuh pula, jika ia dilakukan pd waktu mlm, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak bwuduk sblm tidur adalah makhruh."

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir , dan berdo'a .

Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

? Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

? Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

? Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

? Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Den gan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


Subject: FW: Rahsia 13

Assalamua'laikum wr wb........ ..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTA Q IM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat"

Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia

Jodoh....


Renungkanlah Sedalam-dalamnya.




Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Muhasabah diri






01) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

02) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan, telah ramai kapal karam didalamnya ...andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

03) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

04) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

05) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

06) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

07) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

08) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

09) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKU, maka AKU akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati ...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda orang bijaksana ialah:
a) Hatinya selalu berniat suci
b) Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
c) Matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
d) Sabar terhadap perkara yang dihadapi dan mengutamakan akhirat berbanding dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."


37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :
a) Kepada kawan - Kesetiaan
b) Kepada musuh - Kemaafan
c) Kepada ketua - Khidmat
d) Kepada yang muda - Contoh terbaik
e) Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan
f) Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
g) Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati,
Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia- siakan sahabat yg telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah:
Sabar itu iman,
Duit bukan kawan,
Dunia hanya pinjaman,
Mati tak berteman ..."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan eakan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan

pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."

Bacalah dan fikirlah sejenak.....Janganlah kahwini dia....

Pesanan orang-orang Arab,

"Jangan kau kahwini wanita yang enam."

Wanita Amanah = yang banyak mengeluh dan mengadu dan setiap saat
mengikat kepalanya (memperalatkan sakit @ buat-buat sakit)

Wanita Mananah = suka membangkit-bangkitkan terhadap suaminya. Wanita
ini menyatakan " Aku membuat itu dan ini keranamu"

Wanita Hananah = yang mengatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang
lain (yang dikahwini sebelum ini) @ anaknya daripada suami yang lain.

Wanita Hadaqah = yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap
sesuatu lalu menyatakan keinginannya ntuk memiliki barang itu dan
memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah = ada 2 makna : 1) yang sepanjang hari mengilatkan
mukanya dan menghiasinya supaya mukanya berkilat . 2) yang mara ketika
makan. Dia tidak mahu makan kecuali sendirian atau diasingkan bahagian
daripada setiap jenis makanan itu.

Wanita Syadaqah = yang banyak cakap. Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya Allah Taala memarahi orang-orang yang banyak bicara tak
menentu lagi bising" (diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dari Jabir ra)

Nasihat orang Arab dahulu kala, "Jangan mengahwini 4 wanita"

1) Wanita Al-Mukhtalia'ah

wanita yang sentiasa meminta khulu' (pencabulan nikah dengan menyerahkan
sesuatu kepada pihak suami) tanpa sebarang sebab munasabah.

2) Wanita Al-Mubariah

Wanita yang membanggakan dirinya kepada wanita-wanita lain dan yang
menyombongkan diri dengan hal-hal dunia yang ada padanya.

3) Wanita Al-'Ahirah

Wanita yang fasiq di mana kefasiqannya itu dapat diketahui daripada
kawan-kawan dan teman rahsia wanita itu.

4) Wanita An-Nasyiz

Wanita yang melampau kepada suaminya dari segi perbuatan dan perkataan.

*Bagaimana mahu mengenal sifat buruk kerana masih belum ijab-kabul ?

Lalu...Sekiranya dapat kesempatan melihat-mengetahuinya dari yang dapat
dipercayai (mahramnya yang kita ada hubungan): ... tanyakan: Adakah kuat
merajuk ? Kerana dengan sifat kuat merajuk yang dibuat itu adalah
bertujuan untuk dipujuk-rayu sebagai menunjukan kasihsayang suami. Itu
hanyalah lamunannya dari jiwa yang tidak tenang.

kerana; apabila lahir sahaja perbuatan pujuk-rayu maka akan melahirkan
lisan... yang menjanjikan ... rayuan... hanya engkaulah... abang
janji... itu dan ini sehingga satu peringkat ... perkataan memujuk rayu
telah membawa MELANGGAR BATASAN 'ADDEEN' contohnya hanya engkaulah...
selayaknya dikatakan kepada Allah. terlalu selalu janji untuk
begini/begitu... sekiranya engkar adalah dusta lalu berdosa.

Makin kuat dan banyak sifat merajuknya, makin mengajak kepada berbuat
kesalahan. Allah-u-a'lam.

AlLah telah menjadikan perbedzaan - bandingan 50 wanita bagi 01 lelaki
adalah menjelaskan betapa masih ada lagi seorang setiap 50 orang wanita
yang dapat dibuat kira-pertimbangan.

Dengan lain perkataan dalam satu pejabat ada 50 wanita, paling tidak ada
satu yang dapat diambil 'contoh' kalaupun tak diambil sebagai isteri.
NAMUN HARUS DINGAT. JODOH adalah ketetapan AlLah. Jangan banyak sangat
tanya, kira-kira lepas berhajat dan istiqharah berat kata 'OK" kira
"OKlah tu"

Banyak fikir dfan banyak tanya perkara "JODOH" adalah 'BODOH' ADALAH
TERMASUK ORANG YANG BODOH adalah sabdaan Nabi Muhammad SAW. Oleh jangan
diragu-ragukan dan banyak tanya, kerana bila dah jawab yang betulpun
lagi nak bertanya ... amal tidak, rugi lagi merugi.


Jangan jadi seperti kaum Bani Israel yang selalu banyak tanya sesuatu
yang telah jelas menjadi garis panduan. Lihatlah akibat (BANI ISRAEL)
dari sedemikian itu :

*******
( 2 : 66-68)
Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat)
orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu,
lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".

Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah
bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang
kemudian dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.
Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya
Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka
berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa
menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang
dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)".

Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya
diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?". Nabi
Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu
ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda,
pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang
diperintahkan kepada kamu melakukannya".

********


- pendosa lelaki adalah untuk pendosa wanita
mukmin untuk mukminah -

yang demikian JODOH anda mengikut KEHEBATAN ANDA SENDIRI

Sempurnakah kita

Buat kawan2 yg masih membujang....




>Sekadar Renungan...
>
> Sekadar renungan.........1.
>
> 1. Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat di mata kail,
>hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu
>lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh
>kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia
>masih hidup.
>Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
>seseorang...setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
>hatinya....janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
>sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin
>tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....
>
> 2. Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
>takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar
>keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
>menampalnya semula... .akhirnya ia dibuang! sedangkan jika kamu cuba
>membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
>Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.... Janganlah
>kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
>istimewa....anggaplah dia manu! ! sia biasa.Apabila sekali dia melakukan
>kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirya kamu
>tinggalkan dia sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamun
>akan bertambah baik....
>
> Sekadar renungan.........2.
>
> MENCARI WANITA SEMPURNA
>Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah.
>Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum
>kopi di sebuah cafe.Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia
>zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang
>ini.
>"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya
>yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya
>masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih
>membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanit! ! a yang
>cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan
>sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa
>berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus
>sampai disitu.
>Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan
>dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku
>berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu,
>ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.
>Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan
>pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung
>perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari
>keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu
>yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kam! ! i berpisah.
>Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada
>wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita
>ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati,
>dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang
>lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk
>saya".
>"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang
>terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".
>Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu
>menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki
>yang sempurna".
>Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ? .
>Nobody's perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan
>kita ,bel! ! um tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang
>sekarang kita dapat, Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri
>kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain.
>
>
> Sekadar renungan.........3.
>
> Syurga rumahtangga itu fitrah hati Naluri semulajadi yang pinta diisi
>Kerananya jejaka rela menjadi suami
>Kerananya perawan rela menjadi isteri
>Masing-masing dengan harapan Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
>Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
>Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
>Lalu bermacamlah jalan ke sana
>Ada yang mengatakan Bahagia itu pada harta
>Diukir dari intan permata ( Gah , suamiku seorang jutawan)
>tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa..
>Ditempa oleh wajah rupawan ( Wah, isteriku seorang celeberity)
>ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa
>dituai oleh pangkat dan jawatan ( Wah, suamiku seorang negarawan)
>pelbagai jalan menimbulkan dilema
>mencari yang benar mempelai tersasar
>kalaulah bahagia itu pada harta
>kalaulah bahagia itu pada nama
>kalaulah bahagia itu pada rupa
>kalaulah bahagia itu pada kuasa
>kenapa Charles dan Diana berpisah
>kenapa Elvis! dan Priscilla berpecah
>kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.
>Bahagia itu dari dalam hati
>Kesannya zahir rupanya maknawi
>Terpendam bagai permata dalam hati
>Terbenam bagai mutiara disalut nurani
>Bahagia itu pada HATI
>Bertakhta di kerajaan diri
>Bahagia itu pada JIWA
>Mahkota di singgahsana rasa
>Bahagia itu KESABARAN
>Bila susah tak gelisah
>Bila miskin tak pemarah
>Bila gagal tidak resah
>Hakikatnya bahagia itu ketenangan
>Bila hati mengingati tuhan
>Firman Allah: Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi ketenangan pada
>hati suami isteri sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi itulah
>zikir yg hakiki. Binalah rumahtangga atas tapak iman Tuluskan niat luruskan
>matlamat 'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi' 'isteriku, kaulah
>permaisuri hati.....' penyeri Islamku nanti muktamadlah akad sahlah nikah
>dengan nama Allah
>gerbang perkahwinanpun terserlah Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
>Iman itu tujuan ! Syariat itu jalan Tempat merujuk segala permasalahan
>Tempat
>mencari semua penyelesaian - isteriku, taatilah hukum Allah.... - suamiku,
>patuhilah sunnah Rasululah s.a.w
>Binalah hidup di neraca maaruf Rumah jadi sambungan madrasah... Seninya
>kerana solat... Indahnya oleh munajat Tapaknya ....iman
>Jala! ! nnya ....syariat Natijahnya.....akhlak Tiga penjamin segala kunci
>kebahagian rumahtangga dan terciptalah: 'setia dan penyayang suami' 'cinta
>dan kasih isteri' lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang
>melahirkan..... "Soleh dan solehah".
>KEREDHAAN ILAHI CITA-CITA DI HATI.
>
>
>
>
>"Disebalik senyuman
> tersimpan
>seribu kepahitan
> dan
> Disebalik kepahitan
> terungkap
>sejuta penyesalan"
> ...........
>

> Subject : DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA SAHAJA !!

> Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan
> seseorang kepada orang lain.
> Rasullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud
> "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan
sesuatu
> perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)
> Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk
> apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama
> pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
> Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti
> memakan daging saudara seagama.
> Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging
> saudara sendiri.
> Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan
> diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
> Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi
> orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan
> menerima pembalasannya diakhirat.
> Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana
> mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan
> zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
> Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
> sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya
> dan Ibnu Hibbad)
> Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan
lagi
> sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
> Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri
pelakunya
> diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas
> perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah
> S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman
> dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu
> mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban
> saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan
> mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis
riwayat
> Abu Daud)
> Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada
> rekod amalan mereka akan
> dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
> Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah
> seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum
> itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api
> memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
> Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar
> apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya
> didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah
> datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah
> melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang
> yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
> Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk
diberikan
> kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan
> kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat
nanti.
> Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha
> mengelakkan diri daripada melakukannya.
> Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada
> mengumpat.
> *Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara islam yang lain.Ilmu yang
> bermanafaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
> mengajarkannya meskipun dia sudah mati.
>
> Sekian .........
>
> di susun oleh,
> Dr Ani merangkap Pensyarah Ahli Forum Perdana Seluruh Dunia
> dan University Al-Azhar

Siapa Lelaki Dayus ?




Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya.

Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.

Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.

Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

ERTI DAYUS

Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

1) Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.



2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-'Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )

Berkata pula An-Nuhas :

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata :-

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

Dayus adalah dosa besar

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :

والقواد عند العامة السمسار في الزنى

Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )

Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-

الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )

Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai 'tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda :

من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة

Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Love

Love

About Me

My photo
I am a very friendly person, loveable, caring, outgoing and independent. I hate people who thinks they are so good and perfect but the fact is they're not.