Tuesday, 19 February 2008

Perkara2 yg membuatkan rezeki jauh

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai
kaitan dengan kesusahan atau secara
lebih khusus sebagai penyebab ditimpa
kesusahan dan penderitaan yang mana pada
kebiasaannya kita mengambil ringan
tentang perkara tersebut. Dalam kitab
Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal
Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah
Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi
telah diterangkan perkara yang mempunyai
hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak
makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan
sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh
dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar
atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di
dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau
bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan
kain.
1 3. suka membersihkan rumah pada waktu
malam.
1 4. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid
selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari
terbit
23. lambat pulang dari
masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik
terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang
dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan
hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang
mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau
tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan
pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran
matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air
besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar
atau air kecil

No comments:

Love

Love

About Me

My photo
I am a very friendly person, loveable, caring, outgoing and independent. I hate people who thinks they are so good and perfect but the fact is they're not.