Thursday, 29 January 2009

Fakta Seks

Ada yang mementingkan kuantiti berbanding kualiti, ada juga mementingkan tempoh masa bersama dan tak kurang juga yang mementingkan posisinya. Walaupun sikapnya berbeza tapi akhirannya sama, semua warga dunia mementingkan kepuasan. Buat pengetahuan anda, berikut ini adalah beberapa fakta seks daripada negara-negara di dunia.

Wanita Jepun jarang 'disentuh'

Walaupun canggih dan moden dalam bidang teknologi namun sayangnya dalam soal seks penduduk nya mungkin berada di kedudukan yang agak corot. Hanya 15 peratus wanita Jepun mengaku mendapat kepuasan daripada pasangan mereka. Selebih nya mengaku kurang puas kerana jarang 'disentuh'. Selain sibuk bekerja, lelaki Jepun selalunya lebih suka melayari internet berbanding bermesraan. Akibatnya 35 peratus wanita Jepun hanya dapat bermesraan dengan suami sebulan sekali.

Posisi kegemaran wanita A.S

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh University of Chicago, 33 peratus wanita Amerika Syarikat (A.S) memilih posisi missionary (lelaki di atas wanita) sebagai gaya kegemaran. Manakala posisi 'woman on top' hanya 27 peratus dan hanya 17 peratus yang mengaku senang mencuba gaya-gaya baru. Berlainan pula dengan wanita di Afrika Selatan yang selalu bersemangat untuk mencuba gaya-gaya baru. Lebih daripada separuh wanita di sana bersikap terbuka terhadap pelbagai idea untuk posisi baru.

Lelaki Mexico tidak suka terburu-buru

Kajian yang dilakukan oleh Durex Global Sexual Wellbeing Survey yang dilakukan di 26 negara mendapati satu fakta yang menarik tentang penduduk Mexico. Mereka dilihat tidak mahu terburu-buru dengan dalam hal hubungan seks. Mereka menghabiskan masa hingga 45 minit untuk hubungan intim dan tak hairanlah jika 63 peratus wanita Mexico berasa puas dengan kehidupan seks mereka biarpun begitu tak bermakna mereka yang cepat dalam aktiviti seks tidak mencapai kepuasan. Buktinya penduduk Nigeria hanya menghabiskan masa 28 minit untuk berhubungan intim dan mereka mengaku puas dengan gaya seks kilat ini.

Pasangan Brazil lakukan seks 145 kali setahun

Bagi pasangan di negara ini, walau bagaimana sibuk sekalipun, waktu untuk seks mesti diadakan. Malah seks adalah aktiviti pasangan suami isteri yang amat penting sekali. Sebab itulah kajian memperlihatkan kekerapan mereka melakukan hubungan seks mencecah 145 kali setahun. Sebaliknya pula berlaku dengan warga A.S yang dilihat amat romantik dan suka bercumbu. Akibat tekanan kerja, urusan anak, masalah kewangan dan sebagainya mereka tidak dapat menikmati seks sepenuhnya. Pasangan di sini hanya melakukan seks 85 kali setahun begitu juga dengan pasangan suami isteri di Hong Kong, 82 kali setahun. Anda pula bagaimana, pernahkah mengira kekerapan mengadakan hubungan seks dalam setahun?

Wanita India lebih terbuka Wanita dikatakan cukup malu untuk berbicara soal seks apatah lagi wanita di negara ini. Budaya timur yang menebal menyebabkan lidah wanita secara automatik kelu bila soal seks diketengahkan.

Itu mungkin keadaannya di Malaysia, di negara Timur yang lain seperti India dan Singapura keadaan berbeza. Di negara jiran, Singapura, 51 peratus wanitanya tidak ragu-ragu meluahkan soal seks meskipun tebal dengan nilai konservatif. Begitu juga dengan di India, 74 peratus wanita tanpa rasa segan atau malu, mereka membicarakan apa yang diinginkan bersama pasangannya sebelum melakukan hubungan seks.Warga Malaysia suka di kamar tidurMelihat soal lokasi untuk hubungan intim pula, masyarakat China dikatakan cukup kreatif mencari tempat yang paling sesuai untuk menyegarkan ghairah mereka dan lokasinya adalah di luar bilik tidur. Hasil kajian yang dilakukan mendapati hampir 70 peratus pasangan suami isteri di China, lebih senang melakukan seks di luar bilik tidur.

Berbeza pula dengan warga Malaysia, 43 peratus penduduknya lebih selesa hubungan intim dilakukan di dalam bilik sama jugalah seperti warga Sweden.

No comments:

Love

Love

About Me

My photo
I am a very friendly person, loveable, caring, outgoing and independent. I hate people who thinks they are so good and perfect but the fact is they're not.