Monday, 16 February 2009

Persediaan sambut bayi

Click Here!
Persediaan sambut bayi Oleh KHADIJAH MOHAMAD

MENUNGGU saat untuk bergelar ibu sememangnya satu detik yang cukupindah buat insan bergelar wanita. Apatah lagi jika kelahiran itu merupakan cahaya mata sulung bagi pasangan suami isteri. Dalam menghitung waktu untuk menyambut kelahiran insan istimewa kedunia, persediaan secukupnya mahu disediakan oleh bakal ibu dan bapa khas buat bayi mereka. Justeru, sebagai pilihan kepada mereka, pakar produk penjagaan ibudan bayi, Mom's Care Sdn. Bhd. menawarkan pengalaman beli-belah yangselesa untuk ibu dan bakal ibu yang datang ke gedungnya di Ikano PowerCentre, Mutiara Damansara. Gedung seluas 1,500 kaki persegi di Ikano itu adalah yang pertamadaripada empat gedung syarikat itu, memaparkan identiti korporat barudan memperkenalkan susun letak yang mesra pelanggan.Selain itu, tiga lagi gedung Mom's Care yang terletak di One UtamaShopping Centre, Mid Valley Megamall dan Ampang Point Shopping Centreakan dinaik taraf secara berperingkat menjelang tahun depan.Ditubuhkan pada tahun 1995, Mom's Care adalah antara peruncit produkpenjagaan ibu dan bayi berbilang jenama yang terkenal di Malaysia. Gedungnya membawa lebih 20 jenama terkenal di pasaran, termasuk Avent,Bibi, Dr Brown, K's Kids, Medela, Fisher-Price, Lamaze, MacLaren,Graco, Viva dan lain-lain.
GEDUNG ini turut membawa pelbagai jenama eksklusif di pasaran.
Segala produk keperluan kanak-kanak boleh didapati di Mom's Care,daripada peralatan untuk bilik bayi dan pakaian mahupun buku dan tempatduduk untuk kereta.Di samping itu, Mom's Care terkenal kerana membawa danmemperkenalkan jenama baru yang eksklusif ke pasaran. Terbaru, semasamajlis pelancaran rasmi gedung utama di Ikano, Mom's Care secara rasmimengumumkan pelantikannya sebagai pengedar tunggal dua jenamaberprestij dari United Kingdom, Babisil dan Petit Gems.Babisil, terkenal dengan botol susu bayi yang bebas daripadaBisphenol-A (BPA) dan pernah memenangi anugerah. Botol susu bayi yanginovatif ini mempunyai ruang dalaman boleh diganti yang dinamakanSilbottle, diperbuat daripada silikon berkualiti perubatan untukmewujudkan zon susu ultra selamat, bebas daripada BPA, estrogen danftalat. Produk Babisil juga mempunyai sistem antikembung tanpa injap.Manakala Petit Gems pula merupakan pengeluar pelbagai makanan bayi yang lazat dan mengandungi daging. Produk ini disahkan halal oleh Jawatankuasa Pemantauan HalalKesatuan Eropah (HMC), sebuah badan kawal selia bebas dengan piawaianpemantauan yang ketat.
SEGALA produk keperluan bayi dan kanak-kanak di Mom's Care, Ikano Power Centre, Mutiara Damansara.
Petit Gems kini menawarkan pilihan lapan perasa, enam daripadanyaberasaskan daging seperti Garden Vegetables and Lamb Casserole,Vegetable & Roast Beef, Chicken & Vegetable Bake, GardenVegetable & Beef Stew, Spring Vegetable & Lamb Tagine danChicken & Vegetable Risotto.Ini bermakna ibu yang beragama Islam di Malaysia tidak perlu lagibergantung kepada makanan bayi berasaskan sayuran yang biasanya tidakmembekalkan cukup zat besi dan protein untuk diet bayi mereka.Menurut pengasas Mom's Care, Richard Cheng, syarikatnya merancanguntuk meluaskan kehadirannya ke luar Lembah Klang dengan tambahansekurang-kurangnya tiga gedung baru pada tahun depan."Kami melihat potensi pertumbuhan yang besar dalam industri produkpenjagaan ibu dan bayi. Pengguna sekarang lebih maklum, lebihberpengetahuan dan lebih pemilih. Memandangkan keluarga zaman sekarangtidak mempunyai ramai anak, ibu bapa memberikan yang terbaik sejak awallagi.
lebih 20 jenama terkenal telah dipasarkan di gedung konsep utama ini.
"Ibu bapa, terutama kumpulan berpendapatan sederhana hingga tinggiyang menjadi sasaran kami, sentiasa mengutamakan produk yangberkualiti, boleh dipercayai dan tahan lama," katanya.Tambah Cheng lagi, Mom's Care menonjolkan diri daripada pesaingdengan tidak mengehadkan jualan kepada satu jenama atau beberapa jenamaseperti kebanyakan gedung lain."Kami percaya pelanggan kami menghargai apa yang kami lakukan, iaitumenawarkan yang terbaik dalam setiap kategori produk dan kakitangankami yang berpengetahuan boleh membantu mereka membuat keputusanmuktamad," katanya.
Maklumat lanjut mengenai dua produk terbaru ini bolehlah melayari laman web www.babisil.co.uk (Babisil) dan www.petitgems.com (Petit Gems).

No comments:

Love

Love

About Me

My photo
I am a very friendly person, loveable, caring, outgoing and independent. I hate people who thinks they are so good and perfect but the fact is they're not.