Monday, 31 March 2008

Suami , isteri &.......

*Tahukah kau wahai suami dan bakal suami??

Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan
dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.
TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan
fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2
kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang
isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah
suamiku?"
TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini
kau " Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya
nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari
tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas
terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi
suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan
TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut
lagi..Cissss! !

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5
pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini
kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi
tulah mata tak leh pejam
TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat
bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2
nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu
apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki
aku bila pakai baju ni?"
Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat
lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah
dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur
peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan
dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat
coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur
tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia
tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

INI YANG BEST NI

Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata
SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia
orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia
orang musti tahu punya....
Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai
kereta korang, PS2 korang dan lain-lain
Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang
lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..
JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!

** Pengajaran ayat:
Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa
mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia,
kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak
dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan
yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak
soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah
dikurniakan.

Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan
yg baik...???
Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak
berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari
langit.....
Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu???
Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia??????
Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu
hidup dgn sendiri....

Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam
perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada....
Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak,
ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....
FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... ....**...

No comments:

Love

Love

About Me

My photo
I am a very friendly person, loveable, caring, outgoing and independent. I hate people who thinks they are so good and perfect but the fact is they're not.