Thursday, 21 February 2008

10 Faktor Memilih Pasangan

Kebanyakan daripada rumahtangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tak lain tak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan, itu sahaja. Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, cubalah anda pertimbangkan faktor-faktor berikut :
1. Tempoh Masa Berkenalan Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat .
2. Memilih Pasangan Sendiri Orang sering memilih pasanagn semata mata untuk menggembirakan orang lain ayah , ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira denagn pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.
3. Harapan Yang Tidak Wajar Tentang PerkahwinanKebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.
4. Masalah Keperibadian dan Tingkahlaku Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat cirri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil. Tanya diri sendiri sama anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali , jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya , anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.
5. Banyak Pengalaman HidupPemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama sepanjang tahun tahun akan datang. Pengalaman disini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh lalui waktu waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Ambil contoh yang mudah saja ,misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan jalan kampung yang becak . Dari situ , dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.
6. Bayangan Orang Yang Ingin Anda Kahwini Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya , namun ia amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang faktor - penampilan, kepintaran, pendidikan , kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan . Berpeganglah pada bayangan anda ini, jika tidak anda akan menginginkan orang lain buat selamanya.
7. Pasangan Yang Bersifat Seakan-akan Diri Anda Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifat nya , akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tak ramai pasangan mampu bertindak sebegini.
8. Mempunyai Cita-Cita Yang SeiringJika orang yang anda kahwini bercita cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar , tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.
9. Kebolehan Berkomunikasi Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagian rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan bukanlah caranya.
10. Kebolehan Menyelesaikan PertelingkahanPasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, Rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin.

No comments:

Love

Love

About Me

My photo
I am a very friendly person, loveable, caring, outgoing and independent. I hate people who thinks they are so good and perfect but the fact is they're not.